|
Penghidap darah tinggi meningkat-Berita Harian 16 Mei 2007 WASHINGTON: Hampir satu billion penduduk di seluruh dunia menghidap penyakit darah tinggi dengan lebih setenggah bilion dijangka mengalami penyakit darah tinggi dengan setengah bilion dijangka mengalami penyakit pembunuh senyap itu menjelang 2025. Pakar ekonomi London School of Economics dan Universiti New York yang menghimpunkan dua kumpulan pakar, menyifatkan ancaman darah tinggi membimbangkan dan mencetuskan krisis bahaya-kiri-kira 1.56 bilion orang dijangka menghidapnya dalam masa 13 tahun lagi. Malangnya, seperti kata pakar penyakit itu tidak mendapat perhatian sewajarnya berbanding selesema burung yang setakat ini meragut kurang 200 nyawa. Bilangan itu bukan sahaja mengejutkan tetapi ia juga terbukti tidak hanya dihidapi masyarakat barat yang mengalami masalah berat badan. Sebaliknya, di negara Afrika yang diketahui ada di antara negaranya berdepan masalah kekurangan makanan, juga menyaksikan darah tinggi sebagai masalah lazim. Ini menyebabkan berjuta-juta kematian akibat penyakit jantung yang dikaitkan dengan tekanan darah tinggi. "Tekanan darah tinggi kini dianggap biasa," kata Dr. Jan Ostergren, pakar Universiti Karolinska, Sweden yang juga antara penyelidik pertama mengenai impak penyakit darah tinggi kepada dunia. Matlamatnya, "menggerakkan" kerajaan dunia supaya bersatu memerangi tekanan darah tinggi seperti mana penyakit jangkitan yang lain. Sementara itu, pakar jantung antarabangsa, mengalu-alukan usaha Ostergen dan rakannya. Di Amerika Syarikat sendiri, majoriti pesakit darah tinggi tidak menerima rawatan sewajarnya," kata Dr Sidney Smith, Universiti North Carolina yang juga penasihat Persekutuan Jantung Sedunia. "Lihat China, Afrika dan pergilah ke pelosok mana pun di dunia. Darah tinggi satu faktor berisiko utama" katanya. Masalah toksin berlebihan Melalui udara, makanan dan minuman yang kita makan, ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya terdedah kepada sumber toksin. Jika terdapat banyak toksin di dalam tubuh badan, berbagai jenis penyakit dan masalah yang akan kita hadapi. Ketahui beberapa masalah kesihatan lain akibat toksin berlebihan di dalam tubuh: -Sering berasa letih dan tidak bermaya. -Lemah daya tumpuan dan daya ingatan. -Kerap mengalami masalah pencernaan seperti sembelit dan cirit-birit. -Masalah kulit seperti jerawat, bintik hitam, kudis dan sebagainya. -Rambut mudah gugur, kuku menjadi rapuh dan tidak sihat. -Badan dan nafas mudah berbau. -Sering mengalami sakit-sakit kepala, leher, bahu, sendi dan bahagian otot yang lain. -Tangan dan kaki mudah berasa sejuk akibat peredaran darah menjadi lemah. -Masalah tidur (insomnia). -Cepat marah dan murung. -Kitaran haid tidak teratur. -Masalah berat badan tidak terkawal. -Tekanan darah meningkat. -Sakit-sakit pada bahagian tulang belakang, pinggang dan sendi. Gemuk memang punca penyakit. Kajian menunjukkan hampir 10 peratus budak lelaki dan 66 peratus lelaki dewasa mengalami masalah kegemukan. Secara purata, berat kaum lelaki pada zaman moden ini melebihi 78kg. Hal ini disebabkan ketidakaktifan kaum lelaki menjalani senaman-senaman yang menyihatkan badan. Laporan mencatatkan 60 peratus kaum lelaki pertengahan umur adalah tidak aktif langsung, cuma terdapat 20 peratus antara mereka menjalani senaman ringan dan sederhana. Manakala, penglibatan golongan lelaki yang berumur 24 tahun ke atas dalam senaman aktif yang kerap adalah kurang 50 peratus. Maka tidak hairanlah penyakit serius seperti darah tinggi, diabetes, masalah jantung dan strok yang di akibatkan daripada masalah kegemukan makin meningkat. Selain daripada itu, kaum lelaki yang mempunyai lengkungan pinggang yang melebihi 102cm(40") juga berisiko tinggi dalam mengalami masalah pernafasan, darah tinggi, paras kolesterol yang tinggi dan diabetes. Menurut kajian, pengecilan lengkungan pinggang 5cm (2") sehingga 10cm (4") boleh mengurangkan risiko sakit jantung. Perhatikan berat ahli keluarga lelaki anda dari sekarang demi menjauhkan penyakit-penyakit yang mungkin meragut nyawa anda. Makanan moden punca penyakit. Adakah badan anda mendapat nutrien mencukupi, berkualiti dan seimbang? Inilah persoalannya yang perlu lita perhatikan kerana ia satu aspek penting dalam soal penjagaan kesihatan secara total dan berpanjangan. dalam dunia moden ini, hampir semua makanan harian kita sudah musnah dari segi nilai pemakanan atau nutrien akibat pemprosesan. bukan itu sahaja, malah sumber makanan kita dinodai dengan pelbagai jenis bahan kimia, pengawet, perasa, pewarna, penstabil dan pelbagai jenis bahan tambah yang tentu sekali asing bagi tubuh badan. Akibatnya, dengan bahan bakar yang kurang berkualiti dan bercampur bahan asing, enjin akan musnah dan prestasinya terjejas. begitulah yang dapat digambarkan dengan sistem badan kita. Apa yang penting ialah setiap daripada kita perlu ada kesedaran sendiri untuk mengambil semua langkah perlu bagi menjamin kesan kemodenan terhadap kesihatan diri dan keluarga, dapat diminimumkan. Awas, imaginasi sudah cukup menyebabkan perut anda semakin berasid! Perut manusia sangat berasid. Tahap pH2 di dalamnya sama dengan tahap asid pekat. Tahukah anda pada kepekatan pH2, kulit serta daging jari kita jika dicelup ke dalam asid ini boleh melecur. Malah boleh terlerai dari tulang serta merta. Bayangkan tahap asid dalam perut anda. Jesteru, daging yang keras pun apabila masuk ke dalam perut, boleh hancur tanpa perlu anda menggoncangkan perut anda. Kajian perubatan mendapati penghasilan asid secara semulajadi di dalam perut boleh berlaku dalam tiga fasa. Dua daripaadanya berlaku apabila makanan berada di dalam mulut dan ketika proses penghadaman. Namun apa yang menarik ialah asid juga boleh terhasil di dalam perut akibat tindakbalas kimia pada otak apabila seseorang hanya membayangkan mengenai makanan. Ini bermakna, bayangan mengenai makanan sahaja sudah cukup untuk membuatkan otak menghantar mesej menerusi sistem saraf ke perut dan menjadikan perut lebih berasid. Oleh itu, pesakit gastrik dinasihatkan mengawal minda atau daya imaginasi mereka daripada membayangkan mengenai makanan serta menahan 'godaan' kelazatan makanan bagi mengelak perut lebih berasid. Imiginasi atau faktor psikologi sudah cukup untuk meningkatkan lagi tahap asid dalam perut anda!. Gastrik, Amalan tradisional. Dalam amalan tradisional, beberapa herba tertentu digunakan bagi mengatasi gastrik, antaranya adalah kunyit, madu dan telur ayam kampung. Satu inci kunyit hidup diparut dan diperah airnya. Ia kemudian dicampurkan dengan tiga sudu madu lebah serta sebiji telur ayam, sebaik-baik telur ayam kampung. Ramuan semulajadi ini diminum dua kali seminggu. Bagaimanapun, kajian perubatan mendapati apa yang paling penting dalam rawatan gastrik ialah bahan penawar sama ada ramuan tradisional atau perubatan moden, mesti mampu membunuh bakteria sekaligus membersih usus dan perut supaya toksin yang membolehkan asid terbentuk dapat disingkirkan. Jika tidak, gastrik atau masalah dalam perut akan berulang apabila berhenti mengambil penawar atau ubat. Masaalah sistem dalaman perut punca segala penyakit? Benar! masalah dalam sistem perut terutamanya usus membawa kepada beberapa kesan penyakit berbahaya sekiranya mengalami masalah sembelit. Ini kerana dari makananlah segala toksin menyerap masuk ke dalam tubuh manusia. Usus manusia mempunyai pajang 5-6 kali ganda ketinggian seorang manusia. Jarak dinding usus manusia yang panjang mengambil masa yang agak lama untuk melakukan proses penghadaman makanan. Sewaktu proses penghadaman makanan, benda asing yang bertoksin akan menyerap masuk kedalam tubuh manusia ini boleh menyebabkan kesan nagetif kepada keseluruhan sistem badan. Oleh itu masalah sembelit haruslah diberi perhatian, selain mendapatkan makanan yang seimbang dengan melebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran pengambilan herba mengunakan rawatan tradisional juga memberi satu perspektif baru kepada mereka-mereka yang mengalami masalah sembelit berterusan.
|